Thursday 16 January 2014

Bagaimana membuat Jualan Yang Memecahkan rekod stokist


Alhamdulillah sales bulan December 2013 mencatatkan rekod jualan tertinggi di stokist.. (wakilkan hubby utk recognition sebab ada kelas sambung belajar)..Yang best nya juga director saya Zahariah juga mendapat jualan kedua tertinggi..
Ramai yang bertanya saya, macam mana nak buat sales tinggi setiap bulan.Di sini antara perkara yang boleh dilakukan dan bagi saya ianya membuahkan hasil yang mengagumkan.

Tips #1 : Rekruits Ahli Baru
Bila kita daftarkan ahli baru, mereka akan membeli.Jika ahli baru tu merupakan individu yang baru mengenali Tupperware, kebanyakan mereka akan membeli dengan banyak.Ajarkan ahli baru ini untuk mereka memulakan bisnes jika mereka berminat.Ramai mereka diluar sana tidak tahu bahawa Tupperware ini boleh menjana pendapatan tambahan yang lumayan. Begitu juga ramai orang yang sedang mencari bisnes-bisnes yang boleh menjana pendapatan tambahan untuk keluarga mereka.

Tips #2 : Keluarkan DIQ
Director In Qualification (DIQ) merupakan antara penyumbang besar dalam sales kita.Keluarkan DIQ seramai mungkin.Kita sebagai upline director akan membimbing mereka, memberikan tips & cara bagaimana mereka boleh completekan DIQ mereka.Mereka akan belajar & memperkukuhkan skill jualan mereka untuk menjadi dealer Tupperware yang sebenar.Sebagai timbal balik atas bimbingan ini mereka secara automatik memberikan sales kepada kita.

Tips #3 : Mesti ada aktiviti
Antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh sales force ialah Party Tupperware, Roadshow di shopping complex, Recruiting Rally & jemput ahli-ahli untuk datang assembly di stokist.Di dalam Tupperware ini aktiviti-aktiviti ini sangat penting.Jika kita tidak merancang apa-apa aktiviti dalam setiap bulan, itu yang sales kita juga sepi.

Tips #4 Bagi ahli Katalog & Flyer siap postage percuma
Kita sebagai upline director perlu membelanjakan sejumlah wang untuk membeli katalog & membuat post out katalog ini setiap keluaran.Daripada katalog atau flyer inilah ahli kita & pelanggan ahli kita akan mendapat maklumat mengenai produk-produk terbaru setiap keluaran.Kebanyakan ahli kita tidak mempunyai masa untuk ke stokist semata-mata ingin membeli 1, 2, ataupun 3 katalog.Kita juga boleh emailkan katalog atau flyer kepada ahli & pelanggan kita.Email ini lebih cepat berbanding dengan post out.Biasanya saya akan emailkan terlebih dahulu kemudian yang hard copy katalog akan sampai kemudian.

Tip #5 Tunjukkan & sampaikan mengenai HOT Items atau Promosi Tambahan
Bila kita dah email @ post out katalog.kita kena maklumkan & tunjukkan apa items yang hot pada katalog itu.Biasanya ahli tidak perasan apa yang murah & best produk.Kita boleh emailkan apa produk yang dijangka hot.Ataupun wujudkan group whatsapp atau telegram ahli kita.Dengan ini maklumat mengenai promosi terkini & hot items dapat disampaikan.

Tips #6 Berikan challenge kepada ahli
Semua orang suka hadiah.Apatah lagi jika dapat Tupperware secara percuma.Jangan lupa berikan challenge kepada ahli untuk mereka dapatkan hadiah ini.Ini merupakan salah satu kenapa kita perlu ada group whatsapp/telegram.

Tips yang seterusnya akan disambung kemuadian hari..sentiasa follow blog saya..tq
like fan page saya juga www.facebook.com/tupperwaremalaysia

No comments:

Post a Comment